Friday

noVeLh0Lic~JanGan biLanG bEnci

Novel kali ni plak...novel dari penulis baru juga...bagi aku plot penceritaan ok lah...cuma aku tak suka part yang heroin lemas dalam kapal berlanggar ala-ala titanic tu..ye la...bukan apa...korang bayangkan...lemas kat laut tapi boleh pula elok aje...ye lah...selalunya orang yang lemas ni akan amnesia atau hilang ingatan...hurm...entah la...mungkin penulis nak buat satu kelainan agaknya...heheh!korang enjoy la sinopsis novel ni ya!

Jangan Bilang Benci oleh Muna Mahira

BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?

Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku… 


heheh!pendekkan sinopsisnya...setakat ini dulu...daaa...... 
 

No comments:

Post a Comment