Saturday

noVeLh0Lic~taK seCantiK hUsna

Haiiiii u'alls.....

heheh!novel lagi......
kali nie tajuknye Tak Secantik Husna....
novel ni aku pinjam dari sepupu aku.....nak tau kenapa dia beli novel ni?sebab ada nama dia pada tajuk buku tu...huh!tak ada motif langsung minah tu.....hahah!
apa2 pun...novel ni mmg best siot....heheh!tangkap lentok habis la baca...sedih dan gembira sangat...hahah!yang paling aku suka pasal novel ni ialah sifat watak lelaki dalam novel ni macam hubby aku...heheh!best3....suka3....aku sampai tak boleh tidur la baca novel ni...sbb tak boleh nak agak akhirnya macam mana...jadi kena baca juga...heheh!tahniah kepada penulis...memang terbaiklah!


Tak Secantik Husna oleh Ainul Hazrah

ak sarankan korang bacalah novel ni....memang best siot...heheh!kat sini aku sertakan sikit lah sinopsis novel ni untuk tatapan korang....lepas ni boleh la korang beli buku ni atau pinjam pun boleh...heheh!Selamat Membaca ya!


LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang.



Tuesday

noVeLh0Lic~pelabuhan kaSih

semalam aku mengkobek2 barang2 aku....jadi terjumpa la balik novel lama nie.....lama gila dah novel ni...huhu...

Pelabuhan Kasih oleh Lily Suriani

novel ni...walaupun aku dah baca banyak kali tapi aku tetap touching dan menangis time baca novel ni...huhu!gila sikit aku ni...sangat touching orangnya...hahah!rasanya novel ni time aku sekolah2 dulu lagi...heheh!tak apa lah...bagi yang tak pernah baca novel ni...aku sediakan sikit sinopsis supaya korang boleh lah tau sikit2 pasal novel ni kan...heheh1happy reading ya!

"Izinkan ku pimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu"

Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip 'lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya'.

Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya.

Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus di campak jauh. Azril ditinggalkan setelah Fatin menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.

Sukarnya hidup yang dilalui Fatin setelah bergelar 'Miss J'. Bermacam dugaan dan rintangan yang dihadapi. Puas menangis. Namun, hidup mesti diteruskan. Demi anak-anak, Fatin harus kuatkan semangat. Di tepis cabaran di tangkis cemuhan. Fatin yakin dia kuat. Namun, dalam hati ada rasa sepi. Ada rasa rindu pada seorang bergelar lelaki.

Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.

Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini diperlabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.



L0ve sTorY~d'amore 1


kisah cinta...semua orang ada kisah cinta sendiri....samada kisah suka atau duka...gembira atau sedih..masing2 mempunyai kisah tersendiri...samada disimpan atau diceritakan...entri kali ni aku nak ceritakan kisah cinta yang sadis...sebagai pengajaran...sebab tak semua kisah cinta berakhir dengan kebahagiaan...

kisah ni berkenaan dengan seorang sahabat aku...nama sebenar dirahsiakan....korang percaya tak pada zaman sekarang ni masih ade bapak yang nak menjodohkan anak gadis dengan pilihan nya sendiri....erkkk....zaman sekarang pub ade lagi ke orang nak kahwin dengan jodoh pilihan mak bapak...mungkin masih ada...tapi aku percaya ramai yang tak mahu...anak2 muda sekarang bukan macam dulu...sekarang semuanya mahu memilih sendiri pasangan hidup...kononnye lebih serasi lah....kalau pilihan orang tua takut tak serasi lah...bermasalah kemudian hari lah....bagi aku tu semua atas diri masing2...



ape yang aku nak kongsikan kat sini...sahabat aku ni miss A...bapak dia memang tegas nak jodohkan miss A ni dengan pilihannya...tapi yang kesiannya...miss A ni dah ada pilihan sendiri...susah la nak cakap...sebabnya pilihan miss A ni bapak miss A memang 100% tak setuju...huh!makan hati berulam jantung lah miss A ni...tapi kalau nak difikirkan semula....mana ada bapak yang akan merosakkan masa depan anak gadisnya sendiri kan...yang lebih sadisnya...aku pun setuju lah juga dengan bapak miss A ni...sebab pilihan miss A ni memang tak boleh pakai...langsung tak boleh pakai!!!.....huh!patut la bapak dia tak buat menantu kan....

urm.....ape2 pun aku doakan yang terbaik lah buat miss A....semoga dia buat pilihan yang betul....bercinta tak semestinya berakhir dengan kebahagian....lagipun miss A masih muda...hidup masih panjang....banyak lagi lelaki lain yang miss A akan jumpa....semoga kebahagiaan milik miss A.....amin.......


piNkhoLic~mY nEw coLLecti0n

hahah!

aku yang gila 'pink' menambah koleksi barang2 pink aku..hehehe...
baru2 ni aku pergi pasar malam...lalu lah kat satu gerai ni...mata aku terus tertancap (wah ayat...hahah!) pada hot pink stuff......oh yeah!aku nampak brooch warna pink....jadi aku wajib beli....


nie la brooch yang telah aku rembat tapi kualiti picture kurang bagus tak berapa nampak kemerahjambuan tu...huhu


ini paSaL akU puNya bLog

Salam Perkenalan,

entri pertama agak sopan...hahah!

ditegaskan disini ialah :

~ini blog aku,jadi aku punya suka lah nk tulis apa...nk post apa...
~ape yg di'post'kan disini adalah tiada kaitan dengan mana-mana pihak...semua aku punya suka....
~aku mmg "pinkholic", "novelholic" and "lover".....jadi disini aku nak fahamkan bahawa blog ini adalah berkisar kan merah jambu,novel dan kisah cinta!siapa suka jadi teruskan mentelaah blog aku,siapa yang tak berapa nak berkenan tu boleh lah gerakkan "cursor" korang tu ke arah atas kanan dan klik pangkah...terima kasih!
~aku amat lah berterima kasih kepada yang sudi mentelaah blog aku....masa korang luangkan kat sini amatlah aku hargai....jadi aku sayang pembaca blog aku!