Friday

nOveLhoLic~LafazkaN kaLimah ciNtamu

heheh!entri seterusnya ialah mengenai novel yang baru aku beli baru2 ni...novel ni memang best gila lah....aku jamin siapa yang beli novel ni mesti tak menyesal lah....heheh!kasi angkat penulis sikit lah.....hahah!kisahnya memang sedih...sampai bengkak2 lah mata aku baca novel ni...nangis punya pasal...huhuh!ok lah...korang enjoy sinopsisnya ok...kalau best beli lah...nak pinjam kat saya pun boleh...heheh!

Lafazkan Kalimah Cintamu by Siti Rosmizah

Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, untuk memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya?. Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?. Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?.


nOveLhoLic~ku Seru riNdu iTu...

hai semua....lama rasanya saya tak menulis ni...maklum la...sibuk...heheh!rumah baru!kerja baru!huhuh!agak tak ada masa la nak berblogging...tapi takpa...kali ni balun puas2 punya....mau tulis post banyak2...heheh!
kali ni saya nak bercerita pulak mengenai novel seperti tajuk diatas(malas nak taip banyak kalimengabiskan boreh je...aik....taip membebel banyak ni tak penat pulak ke aien madeeha oiii....hahah!).....ok la...korang enjoy the story ok...banyak lagi post nak buat ni....tata.....

Ku Seru Rindu Itu by Hanni Ramsul

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?



Thursday

Contest Gambar Cool

oh yeah!aku nak join contest ni...heheh!bkn sbb hadiah yang ditawarkan...tapi adalah kerana aku rase contest ni cute...heheh!


om tengok syarat-syarat penyertaan. Lebih kurang sama je macam contest-contest lain.

1. semua penyertaan blogger malaysia sahaja diterima  .. ( mudah )

2. Buat 1ENTRY SIMPLE BERTAJUK "Contest Gambar Cool" dan LINK BACK ke entry contest ni.. 

3. Letak gambar banner di atas DALAM ENTRY ..

4. jangan terlampau edit , kalau yang asli kemungkinan ada peluang  :)

5. nak masukkan gambar melebihi 1 pon boleh tapi maximum 3..

6. gambar tiada unsur menjolok mata dan merbahahahahaya... ! :)

7. Lepas dah siap semua, tinggalkan link post korang kat ruang komen di bawah :)


8. tarikh tutup , 25.11.2011 ( lamakan ?)  15.11.2011 <-- diawalkan sebab faktor -faktor tertentu. . .




itu je syaratnya. ...

tak perlu tag - tag orang .. .tapi kalau korang berjaya mengajak ramai orang untuk menjoinkan diri dalam contest ni .. . salah 1 bonus diri korang untuk menang gak :)

gambar perlulah menarik ... tidak kira gambar tersebut bersama keluarga kawan-kawan n etc... semua diterima .. asalkan 'cool' .... *muka korang wajib ada :)

Hadiah disediakan untuk pemenang pertama sahaja - rm100 :)




tambahan : jika kurang daripada 30 orang penyertaan , maka terbatallah 
Tapi kalau penyertaan menggalakkan.. Insyallah hadiah akan ditambah :)

hah!tu syarat dari pihak penganjur Diary Amni....jadi cik amni....ni gambar contest saya oke!heheh!



hahaha....picture ni time aku study dulu...lepak time buat kerja luar ....pensyarah takda kami melepak...tangkap gambar...hahah!gila cool la kan lepak tepi longkang siap baring2 atas rumput...hahah!


Wednesday

piNkhoLic~Kad JemPutaN pErkaHwiNan

aiiii korang!

heheh!ari ni time balik keje aku memang tgh takda mood la...letih...huhuh!sambil2 nak tutup pagar tu aku tengok la kat post box...urm takda surat....maybe kakak ipar aku dah ambil la ni....opsss.....tiba2 ternampak plak satu kad kahwin ni...heheh!aku mula2 malas nak amik port sangat...tapi tetiba rasa macam nak buka je kad ni....nak tengok la kan sapa kahwin....huhuh!aku terus menjerit kesukaan...wahhh terover plak kan...heheh!kad kahwin ni kaler pink tau!heheh!suka3......heheh!terus terfikir nak pos kat blog tau!heheh!yang paling bestnya...jemputan tu adalah jemputan majlis perkahwinan SHERA AIYOB & ZAHIRIL ADZIM tau...hahah!jangan jeles tau korang....aku dapat jemputan tau...heheh!korang mesti tertanya2 kan...kenapa aku boleh dapat jemputan ni pula kan....siapa la aku ni kan...heheh!sebenarnya si SHERA AIYOB tu punya rumah taman sebelah rumah aku ni(rumah mak mentua aku)......so sebab tu la dapat....tapi kira aku dapat juga la kan....sebab dekat kad tulis Puan Rehan dan Keluarga...heheh!
bestnya.......aku memang minat giler kat ZAHIRIL ADZIM tu.....tapi aku tak dapat pegi pun...huhuh!lagipun better tak payah pegi kan...ye lah!artis mesti ramai orang datang....nak bersesak2 baiklah tak payah...huhuh!aku rasa macam panjang la plak aku merepek2 ni...heheh!ok lah...korang tengok lah yea kad kat bawah ni...huhuh!

cantikkan kad dia....pink...suka3....


Monday

noVeLh0Lic~Jauh Dari Cinta

heheh!novel baru maa.......kali ni novel ni aku beli sendiri plak...huhuh!novel ni aku beli atas sebab aku terima satu email kat inbox aku...Best Seller novel...wah!cenggitu la perasaan aku...jadi aku nekad mesti beli novel ni..heheh!aku dah baca...ok juga...best..heheh!boleh tahan la...pasal perempuan yang sanggup berkorban untuk suami dia...huhuh!kental betul semangat perempuan tu...tabah...sanggup berkorban demi orang yang dia sayang...aku memang tabikkkk ar dengan dia...heheh!jadi...enjoy sinopsisnya ok!love u all.......

Jauh Dari Cinta oleh Adah Hamidah

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL
. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!


Friday

noVeLh0Lic~JanGan biLanG bEnci

Novel kali ni plak...novel dari penulis baru juga...bagi aku plot penceritaan ok lah...cuma aku tak suka part yang heroin lemas dalam kapal berlanggar ala-ala titanic tu..ye la...bukan apa...korang bayangkan...lemas kat laut tapi boleh pula elok aje...ye lah...selalunya orang yang lemas ni akan amnesia atau hilang ingatan...hurm...entah la...mungkin penulis nak buat satu kelainan agaknya...heheh!korang enjoy la sinopsis novel ni ya!

Jangan Bilang Benci oleh Muna Mahira

BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?

Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku… 


heheh!pendekkan sinopsisnya...setakat ini dulu...daaa...... 
 

Wednesday

n0veLhoLic~sepUpUku sUamiKu

Assalamualaikum, hehehe.....entry kali ni aku try post pkai mobile web.....entah la macam mana jadinya.....aku belasah aje.....hahah!tak sabar aku nak tengak kat lappy nanti macam mana....mesti jadi semacam...heheh!entri kali ni bukan la aku nak cerita pasal mobile web ni....tapi pasal novel lah.......ape lagi kan...heheh!kali ni novelnya sepupuku suamiki....urm.....tajuk macam dah ada sikit kurang....jadi aku agak cerita pun ada sikit kurang lah....heheh!entah lah...mungkin sebab aku tak suka tajuknya...yela....sebab dalam family belah mak aku.....kitaorang sepupu2 dah macam adik beradik...macam mana pulak nak kahwin...huhuh!plot cerita ni bagi aku ok la....biasa aje....not bad lah bagi seorang penulis baru......

Sepupuku Suamiku oleh Lynn Allyna

aku suke cover novel ni sebab cute sangat.....heheh!ok lah korang....macam biasa aku tinggalkan korang dengan sinopsis cerita novel ni oke!

Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi meraka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi.

Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti-henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka.

Si kekasih datang menuntut janji. Nana tidak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah.

Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang menganggu. Tidak goyah walaupun sedikit pun cintanya buat si isteri.

Ketaasuban cinta hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, Makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup.

Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selahi itulah dia akan terus berusaha.

"Abang, hati nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana kat orang tu. Nana harap abang mengerti"

Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang?
Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta.

Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walaupun terpisah seribu tahun.


Saturday

noVeLh0Lic~taK seCantiK hUsna

Haiiiii u'alls.....

heheh!novel lagi......
kali nie tajuknye Tak Secantik Husna....
novel ni aku pinjam dari sepupu aku.....nak tau kenapa dia beli novel ni?sebab ada nama dia pada tajuk buku tu...huh!tak ada motif langsung minah tu.....hahah!
apa2 pun...novel ni mmg best siot....heheh!tangkap lentok habis la baca...sedih dan gembira sangat...hahah!yang paling aku suka pasal novel ni ialah sifat watak lelaki dalam novel ni macam hubby aku...heheh!best3....suka3....aku sampai tak boleh tidur la baca novel ni...sbb tak boleh nak agak akhirnya macam mana...jadi kena baca juga...heheh!tahniah kepada penulis...memang terbaiklah!


Tak Secantik Husna oleh Ainul Hazrah

ak sarankan korang bacalah novel ni....memang best siot...heheh!kat sini aku sertakan sikit lah sinopsis novel ni untuk tatapan korang....lepas ni boleh la korang beli buku ni atau pinjam pun boleh...heheh!Selamat Membaca ya!


LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang.



Tuesday

noVeLh0Lic~pelabuhan kaSih

semalam aku mengkobek2 barang2 aku....jadi terjumpa la balik novel lama nie.....lama gila dah novel ni...huhu...

Pelabuhan Kasih oleh Lily Suriani

novel ni...walaupun aku dah baca banyak kali tapi aku tetap touching dan menangis time baca novel ni...huhu!gila sikit aku ni...sangat touching orangnya...hahah!rasanya novel ni time aku sekolah2 dulu lagi...heheh!tak apa lah...bagi yang tak pernah baca novel ni...aku sediakan sikit sinopsis supaya korang boleh lah tau sikit2 pasal novel ni kan...heheh1happy reading ya!

"Izinkan ku pimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu"

Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip 'lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya'.

Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya.

Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus di campak jauh. Azril ditinggalkan setelah Fatin menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.

Sukarnya hidup yang dilalui Fatin setelah bergelar 'Miss J'. Bermacam dugaan dan rintangan yang dihadapi. Puas menangis. Namun, hidup mesti diteruskan. Demi anak-anak, Fatin harus kuatkan semangat. Di tepis cabaran di tangkis cemuhan. Fatin yakin dia kuat. Namun, dalam hati ada rasa sepi. Ada rasa rindu pada seorang bergelar lelaki.

Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.

Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini diperlabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.



L0ve sTorY~d'amore 1


kisah cinta...semua orang ada kisah cinta sendiri....samada kisah suka atau duka...gembira atau sedih..masing2 mempunyai kisah tersendiri...samada disimpan atau diceritakan...entri kali ni aku nak ceritakan kisah cinta yang sadis...sebagai pengajaran...sebab tak semua kisah cinta berakhir dengan kebahagiaan...

kisah ni berkenaan dengan seorang sahabat aku...nama sebenar dirahsiakan....korang percaya tak pada zaman sekarang ni masih ade bapak yang nak menjodohkan anak gadis dengan pilihan nya sendiri....erkkk....zaman sekarang pub ade lagi ke orang nak kahwin dengan jodoh pilihan mak bapak...mungkin masih ada...tapi aku percaya ramai yang tak mahu...anak2 muda sekarang bukan macam dulu...sekarang semuanya mahu memilih sendiri pasangan hidup...kononnye lebih serasi lah....kalau pilihan orang tua takut tak serasi lah...bermasalah kemudian hari lah....bagi aku tu semua atas diri masing2...



ape yang aku nak kongsikan kat sini...sahabat aku ni miss A...bapak dia memang tegas nak jodohkan miss A ni dengan pilihannya...tapi yang kesiannya...miss A ni dah ada pilihan sendiri...susah la nak cakap...sebabnya pilihan miss A ni bapak miss A memang 100% tak setuju...huh!makan hati berulam jantung lah miss A ni...tapi kalau nak difikirkan semula....mana ada bapak yang akan merosakkan masa depan anak gadisnya sendiri kan...yang lebih sadisnya...aku pun setuju lah juga dengan bapak miss A ni...sebab pilihan miss A ni memang tak boleh pakai...langsung tak boleh pakai!!!.....huh!patut la bapak dia tak buat menantu kan....

urm.....ape2 pun aku doakan yang terbaik lah buat miss A....semoga dia buat pilihan yang betul....bercinta tak semestinya berakhir dengan kebahagian....lagipun miss A masih muda...hidup masih panjang....banyak lagi lelaki lain yang miss A akan jumpa....semoga kebahagiaan milik miss A.....amin.......


piNkhoLic~mY nEw coLLecti0n

hahah!

aku yang gila 'pink' menambah koleksi barang2 pink aku..hehehe...
baru2 ni aku pergi pasar malam...lalu lah kat satu gerai ni...mata aku terus tertancap (wah ayat...hahah!) pada hot pink stuff......oh yeah!aku nampak brooch warna pink....jadi aku wajib beli....


nie la brooch yang telah aku rembat tapi kualiti picture kurang bagus tak berapa nampak kemerahjambuan tu...huhu


ini paSaL akU puNya bLog

Salam Perkenalan,

entri pertama agak sopan...hahah!

ditegaskan disini ialah :

~ini blog aku,jadi aku punya suka lah nk tulis apa...nk post apa...
~ape yg di'post'kan disini adalah tiada kaitan dengan mana-mana pihak...semua aku punya suka....
~aku mmg "pinkholic", "novelholic" and "lover".....jadi disini aku nak fahamkan bahawa blog ini adalah berkisar kan merah jambu,novel dan kisah cinta!siapa suka jadi teruskan mentelaah blog aku,siapa yang tak berapa nak berkenan tu boleh lah gerakkan "cursor" korang tu ke arah atas kanan dan klik pangkah...terima kasih!
~aku amat lah berterima kasih kepada yang sudi mentelaah blog aku....masa korang luangkan kat sini amatlah aku hargai....jadi aku sayang pembaca blog aku!