Tuesday

noVeLh0Lic~pelabuhan kaSih

semalam aku mengkobek2 barang2 aku....jadi terjumpa la balik novel lama nie.....lama gila dah novel ni...huhu...

Pelabuhan Kasih oleh Lily Suriani

novel ni...walaupun aku dah baca banyak kali tapi aku tetap touching dan menangis time baca novel ni...huhu!gila sikit aku ni...sangat touching orangnya...hahah!rasanya novel ni time aku sekolah2 dulu lagi...heheh!tak apa lah...bagi yang tak pernah baca novel ni...aku sediakan sikit sinopsis supaya korang boleh lah tau sikit2 pasal novel ni kan...heheh1happy reading ya!

"Izinkan ku pimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu"

Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip 'lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya'.

Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya.

Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus di campak jauh. Azril ditinggalkan setelah Fatin menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.

Sukarnya hidup yang dilalui Fatin setelah bergelar 'Miss J'. Bermacam dugaan dan rintangan yang dihadapi. Puas menangis. Namun, hidup mesti diteruskan. Demi anak-anak, Fatin harus kuatkan semangat. Di tepis cabaran di tangkis cemuhan. Fatin yakin dia kuat. Namun, dalam hati ada rasa sepi. Ada rasa rindu pada seorang bergelar lelaki.

Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.

Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini diperlabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.



2 comments: