Saturday

noVeLh0Lic~taK seCantiK hUsna

Haiiiii u'alls.....

heheh!novel lagi......
kali nie tajuknye Tak Secantik Husna....
novel ni aku pinjam dari sepupu aku.....nak tau kenapa dia beli novel ni?sebab ada nama dia pada tajuk buku tu...huh!tak ada motif langsung minah tu.....hahah!
apa2 pun...novel ni mmg best siot....heheh!tangkap lentok habis la baca...sedih dan gembira sangat...hahah!yang paling aku suka pasal novel ni ialah sifat watak lelaki dalam novel ni macam hubby aku...heheh!best3....suka3....aku sampai tak boleh tidur la baca novel ni...sbb tak boleh nak agak akhirnya macam mana...jadi kena baca juga...heheh!tahniah kepada penulis...memang terbaiklah!


Tak Secantik Husna oleh Ainul Hazrah

ak sarankan korang bacalah novel ni....memang best siot...heheh!kat sini aku sertakan sikit lah sinopsis novel ni untuk tatapan korang....lepas ni boleh la korang beli buku ni atau pinjam pun boleh...heheh!Selamat Membaca ya!


LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan. Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi dari keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana indah dalam rumah tangganya? “Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang.



No comments:

Post a Comment